Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    TBE buka hab EV serantau di lembah wawasan Malaysia

    PELABUHAN KLANG, 21 JAN – Pengeluar automotif dan bateri kenderaan elektrik (EV), Tron Bradbury Energy (Malaysia) Sdn Bhd (TBE), akan membuka hab EV serantaunya di Malaysia yang berupaya menjana hasil dianggarkan melebihi RM2 bilion setahun.

    Berikutan itu, syarikat berkenaan telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan pengurus aset Bradbury Asset Management (Hong Kong) Ltd dalam satu majlis, pada Jumaat lalu.

    Hab itu akan terletak di Lembah Wawasan Malaysia (MVV).

    Pengarah TBE, Mohamad Zam Zalman Tik berkata hab berkenaan akan meningkatkan kapasitinya daripada operasi pemasangan EV dengan turut merangkumi kapasiti pengeluaran dan pengedaran serta kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bateri.

    “Hab itu dijangka menjana hasil lebih daripada RM2 bilion setahun,” katanya pada majlis perasmian kilang pemasangan kenderaan EV pertama syarikat itu di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

    Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kiri) bersama Zam Zalman (kiri) bergambar selepas Majlis Pelancaran Syarikat TBE dan Menandatangani Memorandum Persefahaman di Port Klang Free Zone (PKFZ) Pulau Indah, Pelabuhan Klang. – Bernama

    Kilang yang menumpukan sistem penyimpanan tenaga dan komersial EV, telah dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    Sementara itu dalam ucapan beliau, Tengku Zafrul berkata TBE dijangka mentransformasi operasi pemasangan sedia ada di PKFZ kepada sebuah fasiliti pengeluaran khusus dan merancang mewujudkan kemudahan R&D bateri di Malaysia.

    “Kedua-dua perancangan ini apabila direalisasikan kelak, akan menjadi satu langkah penting dan saya teruja untuk melihat impak serta peluang positif daripadanya ke atas rakyat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta Malaysia secara menyeluruh,” katanya.

    Tengku Zafrul berkata walaupun industri EV agak baharu di Malaysia, statistik menunjukkan aliran peningkatan permintaan terhadap EV pada tahun lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...