Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    TCY Motors lancar Peugeot 2008

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – TCY Motors selaku pengedar kenderaan Peugeot telah melancarkan SUV kompak terbaharu jenama berkenaan, Peugeot 2008 yang boleh didapati di bilik pamerannya di Kiarong Sentral.

    Peugeot 2008 merupakan kenderaan yang mendapat banyak pujian dan pengiktirafan termasuk sebagai SUV Urban Terbaik 2021 oleh Women’s World Car of the Year, pemenang RedDot dalam reka bentuk kereta bagi 2020 dan SUV terlaris di Eropah pada ketika ini.
    Selain itu, Peugeot 2008 juga telah menerima rating lima bintang penuh NCAP Euro dan Australia.

    Bagi pasaran Brunei, TCY Motors mendatangkan dua pilihan enjin petrol dengan turbo injection yang menjana 130hp/230Nm dengan transmisi enam kelajuan dan 155hp/240Nm dengan transmisi lapan kelajuan.

    Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai kenderaan berkenaan, orang ramai dialu-alukan untuk datang ke bilik pameran TCY Motors.

    Peugeot 2008 yang sudah boleh didapati di bilik pameran TCY Motors.
    Ruang dalam Peugeot 2008 yang serba canggih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda