Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tegar kuatkan semangat, hubungi isteri, anak

    Pertama kali berjauhan dalam tempoh yang lama, penyanyi Tegar Septian berkata dia sentiasa memastikan sentiasa menghubungi isteri dan anaknya di Indonesia.

    Mengakui sangat merindui isteri dan anak, namun penyanyi 21 tahun itu terpaksa kuatkan semangat bagi meneruskan perjuangannya di pentas Big Stage 2022.

    “Isteri dan anak saya berada di Indonesia. Tetapi selalu sahaja memberikan saya semangat walaupun berada jauh. Saya selalu telefon mereka, hari-hari.

    “Tak terhitung berapa kali sehari saya akan bercakap dengan mereka. Kalau ingin tahu, ini adalah tempoh yang paling lama saya berjauhan dengan mereka.

    “Rindu memang rindu. Tetapi, saya ada perjuangan yang harus diselesaikan di Big Stage 2022. Saya juga tidak mahu larut dalam perasaan sedih sebab berjauhan dengan mereka.

    Tegar Septian sentiasa memastikan sentiasa menghubungi isteri dan anaknya di Indonesia. – Agensi

    “Saya perlu fokus dengan persembahan pada setiap minggu. Lagi pula ini sebuah pertandingan,” katanya kepada media.

    Berkongsi mengenai keletah anaknya, Abidzar Oktaviano Putra Septian, kata Tegar, anak lelakinya banyak mengikut perangainya seperti berjaga lewat malam selain sukakan muzik.

    “Sebagai bapa, saya lihat, anak saya itu sudah mula ikut ciri-ciri saya sedikit. Dia suka muzik. Malah, suka bergadang (berjaga lewat).

    “Waktu tidur dia pula ada kala pukul 2 atau 3 pagi. Eh, mengikut saya pula. Tapi bagusnya, anak saya ini seorang yang cepat tangkap, cepat belajar,” ujarnya.

    Sementara itu, Tegar memberitahu dia sememangnya mempunyai hasrat untuk membawa keluarga kecilnya itu ke Malaysia sekiranya berjaya melangkah ke final Big Stage. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...