Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Teknologi terkini, media sosial lancar Pemilu 2024

    KOTA KINABALU, 11 FEB – Penggunaan teknologi terutama melibatkan teknologi maklumat dan media sosial memainkan penting dalam melancarkan proses Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk warga Indonesia di Sabah.

    Ketua Panitia Pemilu Luar Negeri (PPLN) Kota Kinabalu Marwan Wardhana berkata Sistem Data Pemilih (Sidalih) merupakan aplikasi yang diguna pakai untuk mengemas kini data terkini pemilih dan juga bagi mengesan pertindanan data pemilih atau pemilih berganda. Bagi mengira jumlah undi dengan lebih cepat, berkesan serta meminima kesalahan kiraan, pihaknya pula menggunakan Sistem Ekapitulasi Elektronik (Sirekap) dan sistem berkenaan memberikan suatu mekanisma ketelusan untuk Pemilu 2024.

    “Pemilu 2024 kali ini kita lebih banyak menggunakan teknologi seperti ini untuk kerja-kerja pendataan dan pendaftaran misalnya, bila dia sudah terdaftar dalam sistem sudah tentu ketahuan bila dia menggunakan identiti yang lain.

    “Sistem manual sebelum ini jika hilang catatan itu, pemilih tidak terdaftar, sekarang semua gunakan sistem, kita tahu pemilih terdaftar atau belum serta maklumat daftarnya,” katanya kepada Bernama pada pengundian Pemilu 2024 di Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu hari ini.

    Proses pengundian di Sabah untuk 158,111 pengundi berdaftar yang dilaksanakan di Kota Kinabalu berlangsung di dua lokasi iaitu KJRI Kota Kinabalu dan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu di Sepanggar manakala di Tawau pula di Kompleks Sukan Tawau.

    Marwan berkata pengundi juga boleh memeriksa data pemilih mereka secara dalam talian di laman sesawang https://cekdptonline.kpu.go.id/. – Bernama

    Sebahagian rakyat Indonesia yang bekerja di Sabah berbaris menunggu giliran untuk mengundi awal bagi Pemilu Indonesia 2024 di Konsul Jenderal Republik Indonesia. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...