Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Telefon pintar AI jadi tarikan di MWC

    BARCELONA, 26 FEB – Pembuat telefon pintar sedang menampilkan peranti terbaharu mereka dengan alat kecerdasan buatan (AI) baharu dan menarik seperti terjemahan suara secara langsung dan penyuntingan foto yang canggih dalam usaha untuk meningkatkan semula permintaan pengguna.

    Trend itu dipamerkan pada pameran tahunan industri telekomunikasi yang terbesar, Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) yang berlangsung hari ini selama empat hari di Barcelona, di mana pembuat telefon bimbit memfokuskan pada ciri unik dikuasakan AI bagi peranti utama baharu mereka.

    “Telefon semakin membosankan, ia tidak begitu menarik seperti dahulu. Perubahan daripada satu model kepada model seterusnya tidak begitu hebat,” Ben Wood, ketua penyelidik di CCS Insight, memberitahu AFP.

    Walaupun kamera, hayat bateri dan skrin ‘sedikit lebih baik’ daripada sebelumnya, syarikat perlu menambah lebih banyak keupayaan ‘menarik’ pada produk mereka untuk menggalakkan orang ramai menaik taraf telefon mereka, tambah Wood.

    “AI adalah satu cara untuk melakukannya,” katanya.

    Pada salah satu petak gerai gergasi Korea Selatan, Samsung, di MWC telah menonjolkan rangkaian Galaxy S24 berkuasa AI premium baharunya, yang membolehkan pengguna membuat atau menerima panggilan dalam bahasa yang tidak mereka pertuturkan dan kemudian menerima terjemahan langsung panggilan itu secara lisan dan di skrin. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...