Sunday, March 26, 2023
29.2 C
Brunei

-

Tempoh jarak vaksinasi bagi budak 5-11 tahun ditetapkan

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Tempoh jarak pengambilan suntikan vaksinasi antara dos pertama dan kedua ditetapkan selama tiga minggu bagi golongan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui bagi mengemukakan tempoh jarak antara dos pertama dan kedua bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun serta keperluan untuk mendapatkan suntikan penggalak nanti pada sidang media, hari ini.

“Pada masa ini, belum ada ketetapan untuk golongan kanak-kanak berkenaan untuk mengambil suntikan dos penggalak. Hal ini akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa di mana bukan sahaja di Brunei bahkan negara-negara luar juga belum menetapkan sebarang keperluan pengambilan suntikan dos penggalak berkenaan sejauh ini,” ujarnya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -