Teka-teki mengaitkan pelakon terkenal filem Ayat-Ayat Cinta 2, Chelsea Islan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang usahawan muda, akhirnya terjawab.
Menerusi kapsyen pada sebuah gambar yang memaparkan Chelsea bersama seorang lelaki dikenali sebagai Rob Clinton Kardinal, dia memberi bayangan seolah-olah kini sedang bahagia. “Hanya cinta dan senyumanmu yang aku perlukan dalam hidup,” tulisnya.
Posting itu sekali gus menjawab segala persoalan yang mengaitkan aktres berkenaan.
Ibu Chelsea iaitu Samantha juga seolah-olah merestui hubungan anaknya itu dengan usahawan muda berkenaan apabila turut meninggalkan komen positif.
Sementara itu, rata-rata peminat mereka meluahkan rasa gembira terhadap hubungan cinta yang terjalin. Tidak kurang juga ada yang mengharapkan agar pasangan itu segera melangsungkan perkahwinan. – Agensi
