Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ten Hag selar terjahan melulu Carroll

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 1 FEB – Ten Hag menggesa pihak berkuasa bola sepak untuk menghapuskan jenis terjahan melulu yang menyebabkan pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen tidak bermain selama tiga bulan.

    Eriksen mengalami kecederaan buku lali apabila dikasari oleh penyerang Reading, Andy Carroll semasa kemenangan pusingan keempat Piala FA United pada Sabtu lalu.

    Bintang Denmark berusia 30 tahun itu telah memainkan peranan penting untuk United pada musim pertamanya di kelab itu, membuat 31 penampilan dalam semua pertandingan.

    Tetapi kini United berkata, Eriksen akan diketepikan sehingga ‘akhir April atau awal Mei,’ menghalang harapan Ten Hag untuk menamatkan musim ini dengan jayanya.

    Carroll terselamat daripada mendapat kad kuning untuk terjahan yang dilakukannya pada separuh masa kedua, tetapi bekas pemain Liverpool itu masih dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua kerana kesalahan ke atas Tyrell Malacia dan Casemiro.

    “Saya kecewa tentang itu,” kata Ten Hag yang tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan Carroll yang tidak dilayangkan sebarang kad. “Saya fikir bola sepak perlu menetapkan had, sekatan, untuk melindungi pemain,” jelasnya.

    “Saya fikir apa yang bola sepak mahukan ialah pemain terbaik yang ada di atas padang.

    “Terjahan ini dan dua terjahan selepas itu, tidak sesuai di padang bola sepak kerana ia berisiko tinggi untuk mencederakan para pemain, jadi saya fikir ia lebih teruk. Jadi, saya tertanya-tanya tentang itu,” tambahnya.

    Ten Hag berkata ia bukan kali pertama dia melihat pemain dalam Liga Perdana berhasil mengelak daripada mendapat amaran pengadil terhadap kekasaran agresif yang dilakukan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...