Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera AS, Filipina lancar latihan

    MANILA, 2 Okt – Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Filipina telah melancarkan latihan mencegah keganasan bersama yang baru hari ini, beberapa hari selepas Presiden Rodrigo Duterte, pengkritik lantang ke atas Washington, menukar haluannya dalam menyokong untuk mengejar salah satu perikatan tentera paling lama di Asia.

    Duterte berikrar minggu lalu untuk menjadi ‘mesra’ dengan AS, berbeza dengan komen yang dilafazkannya setahun lalu menggelar latihan tentera bersama suatu yang ‘memalukan’ dan mengancam untuk memutuskan hubungan pertahanan yang dimeterai selepas Perang Dunia Kedua.

    Operasi bersama seminggu lamanya itu – merupakan satu lagi perubahan haluan daripada pendirian awal Duterte – yang melibatkan latihan senjata hidup, operasi menyelamat dalam situasi perang dan situasi kecederaan dalam kapal, menurut pihak Amerika.

    Kedutaan AS berkata latihan itu ‘akan meningkatkan kesediaan menyeluruh AS dan Filipina, meningkatkan responsif dua hala dalam menangani krisis di rantau itu dan mengukuhkan perikatan kami yang sudah terbilang berdekad lamanya,” menurut kenyataan itu hari ini.

    “Operasi itu bagi memperingati kerjasama lama dan berterusan yang ditubuhkan atas warisan bersama antara negara-negara yang cintakan kebebasan,” kata jurucakap Marin Filipina, Kapten Maria Rowena Dalmacio.

    Kira-kira 900 tentera AS mengambil bahagian dalam latihan itu yang akan diadakan di beberapa lokasi di rantau Luzon utara Filipina, termasuk bekas pangkalan tentera AS, Clark. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda