Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Australia, AS, Filipina adakan latihan tawan semula pulau

    MANILA, FILIPINA, 25 OGOS – Tentera Australia dan Filipina, disokong oleh Tentera Marin Amerika Syarikat (AS) berlatih menawan semula sebuah pulau yang dirampas oleh tentera musuh dalam latihan ketenteraan besar hari ini di pantai barat laut Filipina yang berhadapan dengan Laut China Selatan yang dipertikaikan.

    Presiden Ferdinand Marcos Jr dan Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles menyaksikan pendaratan pantai, serangan dan kemasukan angkatan tentera menggunakan helikopter di pangkalan tentera laut Filipina dengan 1,200 warga Australia, 560 warga Filipina dan 120 Marin AS mengambil bahagian.

    Pada Isnin, tentera Australia, Filipina dan AS melakukan gerakan serangan udara di bandar Rizal di wilayah Palawan barat, yang juga berhadapan dengan Laut China Selatan.

    Ketiga-tiga negara itu adalah antara pengkritik paling lantang terhadap tindakan China yang semakin agresif dan berkonfrontasi di perairan yang menjadi pertikaian, tetapi tentera Filipina berkata Beijing bukanlah sasaran yang dibayangkan untuk latihan tempur, yang terbesar setakat ini antara Australia dan Filipina. – AP

    Foto yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Australia melalui Kedutaan Australia di Filipina menunjukkan sebuah kereta kebal Tentera Australia mendarat di pantai semasa latihan serangan amfibia gabungan berskala besar kelmarin, di pangkalan tentera laut di San Antonio, Zambales, Filipina. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda