Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Tentera digesa tingkat tahap pendidikan

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Penerapan pendidikan tentera profesional dan pembelajaran kepada anggota-anggota tentera adalah amat penting terutama sekali dalam meng-hadapi keadaan sekuriti antarabangsa dan geopolitik yang dinamik serta sentiasa berkembang.

Penekanan itu dibuat oleh Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim dalam ucaptama pada Majlis Pembukaan South East Asia Conference of Commandants 2023 yang berlangsung di Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), hari ini.

Terdahulu dalam ucaptama itu, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif berkata, ABDB merupakan sebuah organisasi ketenteraan yang menekankan pentingnya pendidikan dan keupayaan intelektual pegawai-pegawai serta kakitangannya, di mana ia dikenal pasti sebagai satu faktor utama dalam usaha untuk membangunkan keupayaan adaptasi kepada persekitaran operasi kontemporari yang dinamik.

Beliau menambah dengan menghoskan persidangan berkenaan di Negara Brunei Darussalam, ia menunjukkan komitmen dan ikrar kepada membangunkan pendidikan yang berkualiti angkatan bersenjata negara bagi kebaikan organisasi serta sekuriti negara dan juga serantau.

Majlis turut menyaksikan pembentangan dua topik pengenalan di mana pembentangan pertama bertajuk Overview of the Professional Military Education with Regional Perspective disampaikan oleh Felo Kanan Penyelaras Program MSc (Pengajian Strategik) Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang, Republik Singapura, Dr Bernard Loo.

Pembentangan kedua bertajuk Delivering Education in the 21st Century pula telah disampaikan oleh Komandan Akademi Pertahanan United Kingdom (UK), Mejar Jeneral Andrew Roe.

Persidangan itu dikendalikan oleh AP ABDB bersama Akademi Pertahanan UK buat julung kalinya selama dua hari di mana ia membawa tema Profesional Military Education in the 21st Century.

Ia dipengerusikan bersama Komandan AP ABDB, Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof dan Mejar Jeneral Andrew Roe.

Para peserta persidangan terdiri daripada ketua-ketua universiti pertahanan dan akademi tentera dari kerajaan Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif menghadiri Majlis Pembukaan South East Asia Conference of Commandants 2023, kelmarin.
Dr Bernard Loo semasa menyampaikan pembentangannya.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -