Saturday, February 8, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Iraq bebaskan lebih 50 peratus Lapangan Terbang Mosul

    BAGHDAD, 24 Feb – Sekurang-kurangnya 50 peratus lapangan terbang Mosul dan beberapa bahagian di kem Ghazlani telah dibebaskan ketika pertempuran yang tercetus pada awal kelmarin di bahagian barat Mosul, menurut jabatan media tentera bagi operasi arahan bersama (IOC) di Iraq.

    Pasukan polis tentera kerajaan telah berupaya untuk membebaskan lebih daripada 50 peratus lapangan terbang Mosul dan membersihkan bangunan-bangunannya dan beberapa lagi tempat, media tentera IOC menambah dalam satu keterangan.

    Pasukan itu memusnahkan lima perangkap samar kereta dan sebuah motosikal dan juga merampas beberapa senjata dan menjumpai terowong yang dimiliki oleh militan Islamic State (IS), katanya.

    Mereka juga mematikan beberapa peranti letupan dan membunuh sebilangan pengganas.

    Polis Tentera Iraq meraikan kejayaan mereka apabila berjaya membebaskan hampir 50 peratus kawasan di lapangan terbang Mosul yang dikawal oleh IS. - AP
    Polis Tentera Iraq meraikan kejayaan mereka apabila berjaya membebaskan hampir 50 peratus kawasan di lapangan terbang Mosul yang dikawal oleh IS. – AP

    Sementara itu, pasukan itu membebaskan kira-kira 85 peratus kem Ghazlani, mengambil semula gudang senjata dan peluru dan memusnahkan lima perangkap samar kereta, dua motosikal dan lebih daripada 65 peranti letupan.

    Lapangan terbang dan kem itu merupakan dua sasaran strategik di kawasan selatan pesisir barat Mosul.

    Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata pada awal hari ini bahawa pasukan itu bergerak lebih pantas daripada yang dirancang. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda