Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tentera Israel serbu Hospital Al-Awda

    BANDAR GAZA, 24 MEI – Hospital Al-Awda di Jabalia di utara Semenanjung Gaza kelmarin melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu hospital tersebut dan memaksa kakitangan perubatannya meninggalkan premis selepas empat hari dikepung, menurut laporan agensi Anadolu.

    Dalam satu kenyataan, pihak hospital menyatakan kakitangan perubatan dipaksa meninggalkan premis ke arah barat Bandar Gaza selepas seorang daripada kakitangan perubatan ditangkap oleh tentera Israel.

    Kenyataan itu menambah bahawa 14 kakitangan perubatan masih berada di hospital, bersama 11 orang yang cedera dan pengiring mereka yang tidak dapat meninggalkan hospital tanpa ambulans.

    Pada Rabu, Pejabat Media Kerajaan di Gaza menyatakan sektor kesihatan di utara Gaza telah lumpuh sepenuhnya disebabkan oleh Israel yang sengaja menyasarkan kemudahan kesihatan itu sejak 7 Oktober.

    Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan pada 7 Oktober 2023 oleh kumpulan Palestin Hamas.

    Lebih 35,700 rakyat Palestin telah terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 80,000 lagi cedera. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...