Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    UK bakal laksana undang-undang media

    LONDON, 24 MEI – Rang Undang-undang Media bertujuan untuk memodenkan undang-undang media United Kingdom (UK) telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dan bersedia mendapat perkenan diraja.

    Rang Undang-undang Media, yang akan mengemas kini undang-undang penyiaran bagi era penstriman, telah dipercepatkan melalui peringkat akhirnya menjelang pilihan raya umum pada 4 Julai, lapor PA Media.

    Kerajaan UK membuat dua konsesi pada saat-saat terakhir mengenai penyiaran perkhidmatan awam dan menerima pindaan yang dicadangkan oleh penyampai BBC dan ahli bebas, Deborah Bull.

    Pindaan pertama memastikan prinsip Reithian untuk memaklumkan, mendidik dan menghibur tetap menjadi sebahagian eksplisit daripada penyiaran perkhidmatan awam.

    Menteri di Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan, Stephen Parkinson berkata, “Ini adalah prinsip yang mengagumkan dan penting, kami mahu ia kekal sebagai kunci kepada ekosistem penyiaran perkhidmatan awam.”

    Kerajaan juga menerima pindaan Bull yang menjelaskan kepentingan program pendidikan untuk kanak-kanak dan remaja.

    Parkinson berkata, “Saya sudah tentu, menyokong program berkualiti tinggi yang menyokong kanak-kanak untuk belajar dan berkembang, saya percaya bahawa penyiar perkhidmatan awam mempunyai peranan penting dalam menyediakan ini.” – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...