Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Jepun bantu padam kebakaran hutan

    TOKYO, 24 MAC – Pasukan Pertahanan Darat Jepun menyertai operasi pemadaman kebakaran hutan di wilayah barat Okayama dan Ehime, dengan hampir 2,700 penduduk tempatan diarahkan berpindah, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Kebakaran hutan berlaku semalam di bandar Okayama dan Imabari, wilayah Ehime,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi, pada sidang akhbar Isnin, sambil menambah bahawa “Selain pasukan bomba tempatan, helikopter dari Pasukan Pertahanan Darat telah dikerahkan bagi membantu selepas gabenor kedua-dua wilayah meminta bantuan.”

    Beliau berkata kebakaran hutan itu merebak ke kawasan seluas 128 hektar di Ehime dan 250 hektar di Okayama.

    Arahan pemindahan telah dikeluarkan kepada 403 keluarga (893 orang) di bandar Okayama, 219 keluarga (381 orang) di Imabari, dan 792 keluarga (1,506 orang) di Saijo, wilayah Ehime, kata jurucakap kerajaan.

    Kebakaran hutan besar terakhir di Jepun berlaku di Ofunato, sebuah bandar di timur laut, yang berlarutan selama 12 hari dan memusnahkan 2,900 hektar, bersamaan kira-kira 9 peratus daripada keseluruhan kawasan bandar itu. Pihak berkuasa ketika itu mengarahkan 4,600 orang dipindahkan, manakala sekurang-kurangnya 210 bangunan mengalami kerosakan. – Bernama

    Kebakaran hutan berlaku di Okayama, barat Jepun pada hari Ahad, 23 Mac 2025.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda