Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tentera Myanmar hilang kawalan pekan sempadan

    YANGON, MYANMAR, 2 NOV – Tentera Myanmar telah kehilangan kawalan ke atas sebuah bandar strategik di sempadan China berikutan beberapa hari pertempuran dengan kumpulan etnik bersenjata, dalam apa yang dikatakan penganalisis sebagai cabaran ketenteraan terbesar yang dihadapi sejak merampas kuasa.

    Pertempuran telah berlaku sejak Jumaat di seluruh negeri utara Shan, dengan pakatan kumpulan-kumpulan etnik mendakwa telah merampas empat bandar, menyekat laluan perdagangan ke China dan menawan berpuluh-puluh pos tentera.

    Keterpencilan wilayah bergunung dan diliputi hutan menempatkan saluran paip yang membekalkan minyak dan gas ke China dan komunikasi yang tidak lengkap menyukarkan usaha untuk mengesahkan jumlah mangsa dalam pertempuran berkenaan, yang dikhuatiri oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.

    Kerajaan, organisasi pentadbiran dan pasukan keselamatan ‘tidak lagi hadir’ di hab perdagangan Chinshwehaw, yang bersempadan dengan wilayah Yunnan, China, kata jurucakap junta, Zaw Min Tun dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

    Lebih satu perempat daripada perdagangan bernilai AS$1.8 bilion di sempadan Myanmar dengan China melalui Chinshwehaw antara April dan September, media yang dikawal junta melaporkan pada September, memetik kementerian perdagangan.

    Gambar Freepik

    Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA), Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) dan Tentera Arakan (AA) berkata hari ini bahawa mereka juga mempunyai kawalan ke atas bandar-bandar Hpaung Seng, Hsenwi, dan Kyukok.

    Pertempuran berlarutan di Kunlong dan Hsenwi, menurut kenyataan itu, tanpa memberikan butiran mengenai korban.

    China hari ini menggesa bagi gencatan senjata ‘segera’ di negeri utara Shan menempatkan rangkaian kereta api bernilai bilion dolar yang dirancang dalam projek infrastruktur Belt and Road.

    Seorang penduduk Hsenwi, sekitar 90 kilometer dari Chinshwehaw, memberitahu AFP hari ini bahawa beberapa tentera junta kekal di bandar itu.

    Akses Internet terganggu dan beribu-ribu orang telah tiba di bandar itu untuk mencari perlindungan, kata penduduk itu, meminta namanya dirahsiakan atas sebab keselamatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...