Tuesday, March 4, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Rusia tinjau lokasi dron AS terhempas

    WASHINGTON, 16 MAC – Tentera Rusia telah pun sampai ke lokasi dron Reaper Amerika Syarikat (AS) terhempas selepas bertembung dengan jet pejuang Rusia, lapor media AS hari ini, memetik pegawai Amerika.

    Pihak Rusia telah sampai ke lokasi nahas MQ-9 di Laut Hitam, lapor agensi Anadolu yang memetik kata dua pegawai AS dalam temu bual dengan CNN.

    Rangkaian berita itu melaporkan bahawa tidak jelas sama ada dron AS itu boleh dibaik pulih.

    Pada Selasa, Pentagon berkata jet pejuang Su-27 Rusia bertembung dengan dron itu menyebabkan pesawat udara tanpa pemandu itu jatuh di perairan antarabangsa.

    Rusia menafikan insiden itu namun mahu mendapatkan semula serpihan dron itu. Pada Rabu, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih John Kirby berkata mustahil untuk memulihkan bangkai dron berkenaan. – Bernama 

    Su-27 Rusia menghampiri bahagian belakang dron MQ-9 dan mula mengeluarkan bahan api semasa ia melalui, di atas Laut Hitam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda