Manfaat memelihara ikan hias sememangnya memberikan satu kepuasan kepada pencinta ikan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sememangnya mahukan sesuatu yang berlainan dalam kehidupan.
Dalam sebuah kajian mendapati bahawa ikan hias di akuarium dapat menjadi seseorang itu bersikap lebih rasional di samping memberikan ketenangan dalam melakukan kerja-kerja seharian iaitu dengan melihat ikan dalam akuarium.
Selain membantu dalam mengawal emosi seseorang, ia juga bermanfaat untuk membantu menstabilkan tahap kesihatan seseorang seperti berikut:
1. Mengurangi tekanan
Menurut penelitian terkini, para ilmuan menyimpulkan bahawa melihat ikan hias dalam akuarium terbukti dapat mengurangi tingkat emosi, ketegangan dan kecemasan seseorang.
2. Menstabilkan detak jantung
Selain menghilangkan rasa tekanan, menonton ikan dalam akuarium juga bermanfaat untuk menormalkan tekanan darah dan detak jantung seseorang.

3. Terapi bagi pesakit Alzheimar
Dalam penelitian terkini menyebutkan bahawa dengan membiasakan diri untuk melihat ikan yang berwarna-warni di akuarium dapat memperbaiki tingkah laku dan kelakuan pesakit Alzheimar.
4. Membantu anak-anak autistik
Kita sedia maklum bahawa anak autistik pada kebiasaannya memiliki tingkat emosi yang tinggi.
Dengan membawa mereka mengunjungi tempat-tempat pemeliharaan ikan seperti ikan yang ada di akuarium akan dapat membantu menenangkan emosi mereka.
5. Terapi untuk anak berkeperluan khas
Berdasarkan penelitian terkini ikan dalam akuarium dapat membantu mereka untuk berfikir lebih fokus dan penyelesaian bagi anak yang berkeperluan khas.
Para ilmuan menjelaskan bahawa dengan melihat ikan yang berwarna-warni akan menenangkan saraf-saraf otak, sehingga dapat membantu mereka yang mengalami kesulitan fokus untuk tenang dalam berfikir dan meningkatkan konsentrasi mereka.
6. Sumber inspirasi
Dengan menyaksikan pergerakan ikan-ikan hias berenang di dalam akuarium dapat membantu kita untuk menemukan inspirasi-inspirasi baharu yang mungkin sukar untuk ditemui semasa kita terlali banyak berfikir.