Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima mengadap menteri Singapura

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Mohamad Maliki bin Osman di Istana Nurul
    Iman.

    TYT Dr Mohamad Maliki sedang mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam selama empat hari.

    Menyertai bersama Tuan Yang Terutama pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Heng Aik Yeow; Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Undang-undang, Rahayu Mahzam dan Ahli Parlimen, Yip Hon Weng.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

    Semasa majlis mengadap itu, TYT Dr Mohamad Maliki menyembahkan sembah ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob dan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, tyt Dr Mohamad Maliki bin Osman di Istana Nurul Iman. Tuan Yang Terutama berada di negara ini dalam rangka lawatan empat hari.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap TYT Dr Mohamad Maliki di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama TYT Dr Mohamad Maliki di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan turut hadir pada majlis mengadap tersebut.

    Baginda Sultan dan TYT Dr Mohamad Maliki juga telah berbincang mengenai peluang-peluang untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, seperti perkembangan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pertahanan.

    Perbincangan juga tertumpu kepada isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama kepada kedua-dua buah negara, termasuk kerjasama dalam
    ASEAN.

    Lawatan berkenaan jelas mencerminkan persahabatan yang istimewa dan unik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    Semasa berada di Brunei Darussalam, TYT Dr Mohamad Maliki juga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah terbuka menteri-menteri kabinet dan orang-orang kenamaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda