STRASBOURG, PERANCIS, 23 JULAI – Pemandu jalan raya di timur Perancis menerima kejutan hari ini selepas ratusan kapsul kopi bertaburan di lebuh raya dalam kemalangan lalu lintas, mendorong ramai pengguna jalan raya merebut seberapa banyak kotak yang mungkin.
Sebuah trak membawa kapsul kopi terbabit dalam kemalangan selepas membelok untuk mengelak kenderaan yang berhenti untuk menunggu pelumba basikal dalam perlumbaan Tour d’Alsace yang melalui berhampiran bandar Sierentz, bersempadan dengan Mulhouse di selatan Jerman.
“Dia berjaya mengelak mereka tetapi bahagian kanan trelernya terbuka sepenuhnya, menyebabkan kapsul Nespresso bertaburan sepanjang 400 hingga 500 meter di lebuh raya berkenaan,” kata Eric Checallier, ketua divisyen peronda lebuh raya serantau.
Satu video yang dirakam oleh seorang pemandu menunjukkan puluhan kereta berhenti di laluan kecemasan ketika penumpang merebut peluang untuk mengambil kotak-kotak berkenaan. – AFP