Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Terzic kesal terhadap keputusan VAR

    LEVERKUSEN, 4 DIS – Pengurus Borussia Dortmund, Edin Terzic meluahkan kekesalan terhadap keputusan VAR yang tidak adil terhadap pasukannya selepas seri 1-1 di tempat lawan kelmarin dengan pendahulu liga, Bayer Leverkusen berkata, “Ia sering berlaku kepada kami.”

    Dortmund mendahului keunggulan awal menerusi jaringan Julian Ryerson selepas lima minit dan hampir mendapat sepakan penalti ketika berbaki lebih 15 minit, apabila Karim Adeyemi dijatuhkan di dalam kotak selepas bersentuhan dengan pemain pertahanan Leverkusen, Edmond Tapsoba dan Exequiel Palacios.

    Sentuhan itu diabaikan oleh pengadil dan nampaknya tidak disemak oleh VAR, dengan Leverkusen menjaringkan gol penyamaan enam minit kemudian menerusi Victor Boniface.

    Terzic berkata selepas perlawanan bahawa dia ‘amat kesal dengan situasi penalti dengan Karim’, berkata, “Ia benar-benar menyakitkan hati saya, kerana ia tidak adil.”

    “Ia sering berlaku kepada kami terutamanya kepada Karim.”

    Terzic berkata Tapsoba ‘jelas bersentuhan dengan Karim. Saya tidak bersetuju dan ia sukar untuk difahami.’

    Terzic mengunjungi bilik pengadil selepas perlawanan untuk membincangkan insiden itu, tetapi berkata dia ‘sama sekali tidak bersetuju dengan cara ia dijelaskan kepada saya.’

    “Kami tentunya kurang bernasib baik,” tambahnya. – AFP

    Aksi Julian Brandt (kiri) semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman di BayArena di Leverkusen, Jerman pada 3 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...