Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tesla bakal kurangkan 10 peratus tenaga kerja

    NEW YORK, 16 APRIL – Tesla merancang untuk memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya, lapor laman berita Electrek kelmarin, sambil menerbitkan e-mel daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk, yang mengumumkan langkah tersebut.

    Pengurangan pekerjaan ini diperlukan selepas pertumbuhan pesat yang telah menyebabkan pertindihan peranan, kata Musk dalam e-mel kepada kakitangan, menurut Electrek, laman berita dalam talian yang memberikan tumpuan kepada kenderaan elektrik (EV).

    “Tiada apa yang lebih saya benci, tetapi ia mesti dilakukan,” kata Musk. “Ini akan membolehkan kita menjadi lebih cekap, inovatif dan bersemangat untuk fasa pertumbuhan seterusnya.”

    Langkah itu berlaku kira-kira 10 hari selepas Tesla melaporkan penurunan dalam penghantaran kereta pada suku pertama dalam laporan yang mengecewakan pelabur.

    Syarikat Musk juga telah melakukan beberapa siri pemotongan harga pada EV sebagai tindak balas kepada persaingan yang semakin meningkat dalam kalangan pengeluar dan pertumbuhan permintaan yang perlahan dalam beberapa pasaran. – AFP

    Orang ramai berjalan kaki ke Tesla Gigafactory di Gruenheide, berhampiran Berlin, Jerman pada 13 Mac lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...