Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tetap tampil menarik

    Susan Boyle, berusia 58 tahun, pernah membuat ramai orang tertarik dengan kebolehan vokal yang mampan dan sekarang beliau membuat orang tertarik dengan penampilannya!

    Penyanyi yang berbakat itu hadir pada suku akhir America’s Got Talent dengan rambut yang bergaya dan pakaian yang cantik. Dia nampak sangat gembira dan jelas terlihat apabila beliau sentiasa tersenyum semasa di karpet merah.

    Dengan rambutnya berwarna perang dan dipotong menjadi gaya bob & bang, dia menyarungkan pakaian bergaya dengan blazer perak bersama seluar hitam.

    Susan dari Scotland, mula mendapat perhatian apabila memukau para juri semasa uji bakatnya pada Britain’s Got Talent pada tahun 2009. Dia mengejutkan semua penonton apabila membuat salah satu persembahan yang terbaik, ‘Les Miserables’ atau I Dreamed A Dream.

    Sejak itu, dia telah mencapai kejayaan yang besar walaupun tidak menjadi pemenang semasa itu. Daripada jualan album debut terbaik di United Kingdom pada 2009 kepada siri pertandingan tarian terkenal, Dancing with the Stars, dia telah membuktikan bahawa dia boleh melakukan semuanya.

    Tahun ini, dia terus membuktikan kemampuannya apabila bertanding di America’s Got Talent: The Champions. Dia mendapat lonceng emas dan mara ke peringkat akhir.

    Lebih menarik lagi, salah satu sebab kenapa Susan menjadi kesukaan peminat adalah bagaimana terbukanya dia bersama peminatnya.

    Dia masih tinggal di rumah kecil bersama ibu bapanya di Scotland, walaupun telah mengecapi kejayaan. Pada tahun 2013, dia mendedahkan menghidapi Sindrom Asperger. – Agensi

    Susan Boyle sentiasa merendah diri walaupun beliau mempunyai ramai peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda