Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Thailand haramkan penggunaan ganja

    BANGKOK, 6 FEB – Kerajaan Thailand akan segera meminda rang undang-undang untuk mengharamkan penggunaan ganja bagi keseronokan, kata Menteri Kesihatan hari ini, selepas kerajaan itu membenarkan dadah itu pada 2022.

    Ganja telah dikeluarkan daripada senarai narkotik yang diharamkan pada Jun 2022 di bawah kerajaan terdahulu, termasuk parti Bhumjaithai yang menyokong perundangan.

    Tindakan itu mendorong beratus-ratus pembekal ganja meningkat di seluruh negara, khususnya di Bangkok, menimbulkan kebimbangan daripada pengkritik yang menggesa keperluan untuk undang-undang yang lebih ketat.

    Menteri Kesihatan kerajaan hari ini berkata, rang undang-undang baharu yang melarang penggunaan ganja untuk keseronokan akan dicadangkan kepada mesyuarat kabinet minggu depan.

    “Rang undang-undang baharu itu akan dipinda daripada yang sedia ada untuk hanya membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan kesihatan dan perubatan,” kata Cholnan Srikaew kepada pemberita.

    “Penggunaan untuk berseronok dianggap salah.”

    Perdana Menteri, Srettha Thavisin, yang memegang jawatan Ogos lalu, sering menyuarakan bantahannya terhadap penggunaan dadah itu dan berkata ia hanya dibenarkan untuk kegunaan perubatan.

    erdapat tekanan baharu daripada orang ramai pada hujung minggu lalu selepas peserta rancangan kumpulan rock British, Coldplay, di Bangkok mengadu di media sosial dengan mengatakan ‘keseluruhan konsert itu berbau ganja.’ – AFP

    Gambar fail pada 8 Disember 2022 ini menunjukkan pemilik bersama makmal ganja Taratera, Kajkanit ‘Gem’ Sakdisubha menghidu tumbuhan ganja di dalam salah satu bilik simpanan ganja perubatan mereka, di Bangkok. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...