Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hutang AS dianggar lebihi AS$34 trilion

    NEW YORK, 6 FEB – Jumlah hutang ditanggung Amerika Syarikat (AS) yang dianggarkan melebihi AS$34 trilion meletakkan gergasi ekonomi itu di landasan tidak mampan.

    Ketua Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell, mengakui sudah tiba masanya pemimpin negara menangani isu terbabit.

    “Dalam jangka panjang, AS berada di laluan fiskal yang tidak mampan. Kerajaan Persekutuan AS berada di laluan fiskal yang tidak mampan. Itu bermakna hutang meningkat lebih cepat daripada ekonomi.

    “Mungkin sudah tiba masanya untuk kembali kepada perbincangan serius dalam kalangan pegawai dipilih tentang usaha mengembalikan Kerajaan Persekutuan kepada laluan fiskal yang mampan.

    “Saya fikir agaknya ia boleh difahami secara meluas bahawa sudah tiba masanya untuk kita kembali meletakkan keutamaan pada kemampanan fiskal. Lebih cepat, lebih baik daripada kemudian,” katanya dalam wawancara dengan stesen televisyen CBS yang disiarkan semalam.

    Pada minggu lalu, Rizab Persekutuan mengundi untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat keempat berturut-turut.

    Powell turut mengulangi pendirian dengan menegaskan bahawa tidak mungkin pemotongan kadar faedah akan berlaku pada mesyuarat penetapan kadar oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada bulan depan.

    Ditanya apa syarat dikehendaki untuk mempertimbangkan pemotongan kadar faedah, Powell menjawab langkah terbaik adalah dengan melakukan penilaian risiko. – AFP

    Jerome Powell bercakap semasa sidang media mengenai dasar monetari Rizab Persekutuan pada 31 Januari 2024 di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...