Friday, February 23, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Thailand jinakkan Kyrgyzstan

    DOHA, 17 JAN – Juara terbanyak Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), Thailand bermula dengan langkah kanan selepas mengatasi Kyrgyzstan 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan F pada saingan Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, semalam.

    Penyerang sensasi kelab Buriram United, Supachai Chaided, muncul wira skuad Gajah Perang apabila menjaringkan dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua untuk membantu Thailand meraih permulaan positif.

    Pertembungan pertama kedua-dua pasukan pada pentas Piala Asia itu berlangsung sengit seawal permainan bermula dengan Thailand terlebih dahulu memberikan amaran apabila percubaan kaki kanan Supachok Sarachat terkena tiang pada minit ke-14.

    Thailand, juara tujuh kali Piala AFF akhirnya, memecah kebuntuan apabila Supachai berjaya melepaskan rembatan dari jarak dekat,  menewaskan penjaga gol Erzhan Tokotayev pada minit ke-26 yang menjadi gol tunggal babak pertama permainan.

    Skuad bimbingan jurulatih dari Jepun, Masatada Ishii, tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan selepas Supachai sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring hanya tiga minit selepas babak kedua bersambung.

    Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil sekali gus menyaksikan Thailand mengekalkan rekod bersih berdepan Kyrgyzstan dalam dua pertemuan selepas kali terakhir bertemu dalam aksi persahabatan pada 2001.

    Thailand selepas ini akan bertemu Oman manakala Kyrgyzstan berdepan tugas sukar apabila dijadual berdepan Arab Saudi, masing-masing pada Ahad ini. – Bernama

    Reaksi Supachai meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak Kumpulan F Piala Asia AFC Qatar 2023 di Stadium Abdullah bin Khalifa di Doha pada 16 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh rancang hasilkan vaksin FMD untuk ternakan

    DHAKA, 23 FEB - Menteri Perikanan dan Ternakan Bangladesh, Abdur Rahman berkata kerajaan mempunyai rancangan untuk menghasilkan vaksin penyakit kaki dan mulut (FMD) untuk...