Saturday, July 13, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Thailand komited jalin kerjasama dengan negara Islam, tingkatkan daya saing ekonomi

    PATTANI, 12 JUN – Thailand komited untuk bekerjasama dengan negara-negara Islam membabitkan isu keselamatan makanan, tenaga dan perubahan iklim bagi meningkatkan daya saing ekonomi, kemajuan dan kualiti hidup rakyatnya, kata Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul.

    Anutin berkata Perdana Menteri Srettha Thavisin baru-baru ini mengumumkan dasar untuk menjadikan Thailand sebagai hab serantau dalam bidang seperti perkhidmatan kesihatan, pengangkutan udara, telekomunikasi, pendidikan dan pelancongan.

    “Thailand komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kita di negara-negara Islam dalam isu keselamatan makanan, tenaga dan perubahan iklim demi kestabilan dan kualiti hidup rakyat,” katanya selepas menyampaikan ucapan alu-aluan semasa Lawatan Duta ke Wilayah Sempadan Selatan Thailand 2024 kelmarin.

    Program Lawatan Duta selama tiga hari yang bermula kelmarin, dianjurkan oleh Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) dan Kementerian Luar Thailand untuk mempamerkan kekuatan dan potensi pembangunan wilayah sempadan selatan Thailand. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pasangan suami isteri ditahan, didakwa mengintip untuk Rusia

    SYDNEY, 12 JULAI - Polis Australia telah mendakwa pasangan suami isteri kelahiran Rusia dengan tuduhan mengintip untuk Moscow, menurut pegawai tertinggi polis hari ini....