Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Thailand kutip FI daripada pelancong asing mulai 1 Jun

    BANGKOK, 15 FEB – Kabinet Thailand memutuskan untuk mengutip bayaran antara 150 (RM19.25) dan 300 baht (RM38.45) ke atas setiap pelancong asing bermula 1 Jun bagi membantu membiayai pembangunan dan penyelenggaraan tempat tarikan pelancong serta perlindungan insurans pelancong.

    Timbalan Jurucakap Kerajaan Traisu-lee Traisaranakul berkata 300 baht akan dikutip daripada pelawat yang tiba melalui udara manakala 150 baht daripada pengembara yang masuk melalui sempadan air dan darat.

    Mereka yang memegang pasport Thailand, pasport diplomatik, permit kerja dan permit kerja khas (untuk profesional tertentu) serta kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan penumpang transit, dikecualikan daripada bayaran itu.

    “Selain itu, pelawat yang masuk dan keluar pada hari yang sama juga dikecualikan. 

    “Thailand adalah antara 40 negara di dunia yang mengutip yuran kemasukan daripada pelancong asing. Bagaimanapun, Thailand merupakan negara pertama yang menggunakan
    kutipan itu untuk manfaat pelancong seperti menyediakan insurans kemalangan dan menaik taraf serta membangunkan destinasi pelancongan.

    “Bayaran yang dikutip akan digunakan untuk membantu mengembangkan lagi industri pelancongan, insurans untuk pelancong asing sepanjang berada di sini yang bertujuan mempromosi pelancongan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata Thailand menanggung kos perubatan antara 300 dan 400 juta setiap tahun untuk rawatan pelancong asing di hospital awam.

    Menteri Pelancongan dan Sukan Pipat Ratchakitprakarn berkata kerajaan dijangka mengumpul kira-kira 3.9 bilion baht tahun ini. – Bernama  

    Gambar yang diambil pada 13 Februari lalu menunjukkan pelancong bergambar di Pantai Mai Khao ketika sebuah pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket di Wilayah Phuket. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...