Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand siasat laporan pencemaran kadmium dalam eksport durian ke China

    BANGKOK, 25 SEPT – Thailand sedang menyiasat laporan pencemaran kadmium dalam durian yang dieksport ke China dan setakat ini mendapati bahawa durian itu bukan berasal dari Thailand, lapor agensi berita Thai (TNA).

    Pentadbiran Am Kastam China (GACC) mengeluarkan amaran mengenai penghantaran durian tercemar kadmium dari Thailand, menyebabkan penggantungan sementara eksport dari syarikat yang terjejas, syarikat pembungkusan dan kebun yang diperakui GAP.

    Kementerian Pertanian dan Koperasi Thailand menghantar pegawai dari Jabatan Pertanian untuk mengumpul sampel durian, tanah, air, dan input pengeluaran bagi menguji pencemaran. Ujian awal menunjukkan paras kadmium berada dalam had yang dibenarkan iaitu 0.05 mg/kg.

    Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Koperasi, Prayoon Insakul mendedahkan bahawa siasatan awal menunjukkan buah-buahan yang tercemar itu bukan dari selatan Thailand. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda