Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand tuduh pemisah selatan dalangi siri pengeboman di Bangkok

    BANGKOK, 6 OGOS – Pihak berkuasa Thailand percaya kumpulan dari selatan  bertanggungjawab terhadap beberapa siri letupan di ibu kota ini sejak Jumaat lepas.

    Timbalan Perdana Menteri Thailand Prawit Wongsuwan berkata polis percaya ada dalang di sebalik letupan itu, bagaimanapun belum dapat disahkan sama ada serangan itu bermotifkan politik.

    “Insiden ini telah dirancang terlebih dahulu. Kami sedang dalam proses untuk mengesan bagaimana mereka (suspek) bergerak dan dari mana mereka mendapat bom,” katanya kepada media selepas mesyuarat mingguan kabinet di Rumah Kerajaan hari ini.

    Beliau berkata polis tidak menolak sebarang motif berhubung insiden itu yang melibatkan ‘ramai’ orang.

    Prawit, timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab dalam perkara berkaitan keselamatan, memberi taklimat kepada kabinet mengenai beberapa siri letupan semasa ibu kota ini menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar  ASEAN dan Persidangan Pasca Mesyuarat Menteri-Menteri dan Mesyuarat Berkaitan.

    Jumaat lepas, polis menjumpai sembilan bom, termasuk beberapa peranti yang tidak meletup, di lima lokasi di Bangkok selepas berlaku beberapa letupan kecil yang mengakibatkan empat orang cedera. Sementara itu, Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha berkata polis menahan tujuh suspek disyaki terbabit dalam beberapa siri letupan.

    Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan bila dan di mana tujuh suspek itu ditahan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda