Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Lima amalkan baca Al-Quran elak gangguan mistik

    Penyanyi Kumpulan The Lima mendedahkan mereka ada menerima gangguan mistik sejak minggu pertama Gegar Vaganza 11 (GV11) berlangsung.

    Bagi mengelakkan perkara tersebut mengganggu persembahan mereka, salah seorang ahli iaitu Bony akan kerap membaca Al-Quran pada Jumaat dan Sabtu iaitu sebelum hari pertandingan.

    “Ya, kami ada terima gangguan. Apabila mahu buat persembahan itu, kami rasa ‘dingin’ dan Bony pula suaranya seperti ‘tidak steady’.

    “Disebabkan itu, dia setiap Jumaat dan Sabtu akan bawa Al-Quran untuk mengaji sebagai pendamping dan dapat pertolongan daripada Allah,” katanya kepada mStar.

    Malah mereka juga tidak menganggap bahawa perkara mistik itu dihantar oleh orang dikenali yang bertujuan menjejaskan persembahan mereka dalam Gegar Vaganza. – Agensi

    The Lima menerima gangguan mistik sejak minggu pertama GV11 berlangsung. – Murai.MY
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda