Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja

    Penyanyi Bad Indigo dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang, Selangor, kira-kira pukul 7 malam, kelmarin.

    Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun.

    Berita sedih itu disahkan oleh penyanyi Liza Hanim, yang memaklumkan mendapat khabar tersebut daripada rakan-rakan suaminya iaitu Shah yang juga merupakan anggota Indigo.

    “Saya dapat tahu dari rakan-rakan. Arwah meninggal di tempat kerja. Punca kematiannya saya pun masih belum tahu.

    “Saya dan suami dalam perjalanan ke sana. Kami masih terkejut dengan berita itu,” katanya kepada mStar.

    Berita kematian Bad mengejutkan dunia hiburan. – mStar

    Liza sewaktu bercakap dengan mStar berkata, jenazah masih berada di tempat kejadian dan sedang diuruskan oleh pihak paramedik.

    Sementara itu, sahabat kepada Allahyarham yang mahu dikenali sebagai Panjang, memberitahu Bad rebah secara tiba-tiba sebelum pulang ke rumah.

    Malah dia masih belum mempunyai maklumat mengenai punca kematian sebenar dan sedang menunggu siasatan pihak berkuasa.

    “Arwah meninggal di tempat kerja. Dia tiba-tiba sesak nafas sebelum balik kerja. Sekarang pihak polis masih jalankan siasatan.

    “Urusan pengebumian akan dimaklumkan pihak keluarga,” jawabnya ringkas. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI - Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini,...