Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada isu berbangkit, peminat suka nama Kristal X

    Vokalis Kristal X iaitu Lan menegaskan pemilihan nama kumpulan itu dicadangkan sendiri oleh peminat menerusi tinjauan di media sosial.

    Kata Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 40, keputusan tersebut dibuat bagi menghargai peminat yang menyokong mereka untuk kembali semula ke arena muzik.

    “Sebelum ini kami mula dengan jenama X band dahulu tapi dalam penilaian dan tinjauan yang kita lakukan ramai peminat sukakan nama Kristal X.

    “Jadi bagi memuaskan hati peminat yang menyokong kami sejak dulu jadi kami pilih nama tersebut,” katanya kepada mStar.

    Lan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media Konsert Merah Hitam yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

    Selain Lan, Kristal X turut dianggotai oleh bekas anggota lama kumpulan Kristal termasuk Ainol (dram), Amai (bass) dan ahli baharu iaitu Ayop (keyboard) dan Napie (gitar).

    Dalam pada itu, Lan memberitahu tiada sebarang isu berbangkit berhubung penggunaan jenama Kristal pada nama tersebut.

    Menurutnya, dia mahu kedua-dua kumpulan fokus menampilkan prestasi terbaik dan bersaing secara sihat di dalam industri. – Agensi

    Lan menghargai peminat yang menyokong mereka untuk kembali semula ke arena muzik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda