Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Tiada kes baharu, satu kes masih aktif dalam keadaan stabil

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Tidak ada kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan pada hari ini dengan satu kes aktif masih lagi dirawat dan dalam keadaan stabil.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 146 orang dan kes yang telah sembuh juga kekal 142 orang.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Beliau mengongsikan bahawa terdapat 441 orang yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan yang disediakan oleh kerajaan iaitu mereka yang baru tiba di negara ini setelah melakukan perjalanan dari luar negara dan setakat ini, seramai 6,244 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori di kemudahan-kemudahan berkenaan.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 320 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 58,914 ujian,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Yang Berhormat Dato mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi segala arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan serta sentiasa melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing dan membudayakan langkah-langkah pencegahan COVID-19, dan amalkan kebersihan diri dan etika bersin yang betul.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda