Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada kes dalam kategori 5

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Jumlah kes COVID yang dilaporkan di Brunei Darussalam dalam masa satu minggu kebelakangan menunjukkan sedikit peningkatan di mana kadar purata harian kes pada minggu lepas ialah 611 kes sehari, berbanding dengan 554 kes sehari pada minggu sebelumnya.

    Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr
    Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media Norma Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato, sebanyak 48,491 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 8.7 peratus daripadanya merupakan keputusan ujian ART yang positif.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya mengongsikan, pada hari ini, tidak ada kes dalam kategori 5 yakni yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) manakala satu kes berada dalam kategori 4 iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Jelasnya lagi, kadar liputan vaksinasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam berada di tahap yang tinggi setakat kelmarin dengan 78.7 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 11.1 peratus telah mendapatkan dos keempat.

    “Pada hari ini, sebanyak 612 kes baharu telah dilaporkan iaitu 608 kes hasil ujian ART dan empat kes adalah hasil daripada 143 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu,” kongsi Yang Berhormat Dato.

    Di hujung kenyataannya, beliau berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara daripada segala bencana dan wabak penyakit serta berada dalam perlindungan Allah SWT jua.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham semasa mengongsikan perkembangan terkini jangkitan COVID di negara ini. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda