Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman – Pengarah SRC

    KUALA LUMPUR, 6 MEI – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, diberitahu bahawa bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.

    Shahrol Azral, 54, yang memberi keterangan sebagai pihak ketiga dalam saman SRC International terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Faisal Ariff Kamil, berkata beliau malah tidak tahu sebab syarikat itu menggugurkan nama beliau daripada senarai defendan.

    “Saya tidak bertanya mengapa saman terhadap saya digugurkan,” katanya ketika disoal oleh peguam bekas perdana menteri itu, Harvinderjit Singh.

    Harvinderjit: Kes ini difailkan pada Mei 2021. Kemudian SRC International menarik balik tindakan sivilnya terhadap kamu. Ketika itu kamu sudah memberi keterangan pada perbicaraan 1Malaysia Development Berhad?

    Shahrol Azral: Betul.

    Gambar Bernama

    Harvinderjit: Kamu letak jawatan daripada SRC International kerana melihat sesuatu yang mencurigakan.

    Shahrol Azral: Tidak… saya meninggalkan syarikat tersebut kerana pada masa itu, saya menumpukan perhatian terhadap 1MDB. Ketika itu, 1MDB sedang terlibat dalam projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

    Shahrol Azral berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dari Mac 2009 hingga Mac 2013. Beliau adalah Pengarah SRC dari 1 Ogos 2011 hingga 15 Mei 2012.

    SRC sebelum ini menggugurkan lima pengarahnya termasuk Shahrol Azral daripada saman itu dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal.

    Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan permohonan Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka dalam saman yang difailkan syarikat itu terhadap beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...