Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tiada pilihan raya tanpa saya – Machado

    CARACAS, 30 JAN – Ketua pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado kelmarin menegaskan bahawa pilihan raya tidak boleh diteruskan tanpa namanya di kertas undi, ketika Amerika Syarikat (AS) mengumumkan ia mengenakan semula beberapa sekatan terhadap negara itu berikutan kehilangan kelayakannya.

    Mahkamah Agung Venezuela, yang setia kepada Presiden Nicolas Maduro, pada Jumaat lalu mengesahkan larangan selama 15 tahun terhadap Machado daripada memegang jawatan awam.

    Ia juga mengesahkan ketidaklayakan kemungkinan pengganti bagi pihak parti pembangkang – calon presiden dua kali, Henrique Capriles.

    Machado yang berusia 56 tahun menyifatkan keputusan itu sebagai ‘melampau’ dan tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia akan menarik diri daripada pertandingan.

    “Nicolas Maduro tidak akan memilih calon rakyat, kerana rakyat sudah memilih calon mereka, habis perkara,” kata Machado kepada penyokongnya.

    “Saya menerima mandat hampir tiga juta rakyat Venezuela dalam pemilihan utama pembangkang pada Oktober. Kami akan menang dan mereka mesti bersedia untuk kalah,” katanya.

    “Mereka tidak boleh mengadakan pilihan raya tanpa saya,” tambahnya. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...