Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    6 pengganas terbunuh di Balochistan

    KARACHI, 30 JAN – Sekurang-kurangnya enam pengganas terbunuh dalam pertempuran bersenjata semalaman dengan pasukan keselamatan di wilayah Balochistan, barat Pakistan, kata seorang pegawai hari ini.

    Jurucakap kerajaan wilayah, Jan Achakzai berkata ‘pasukan keselamatan berjaya menangkis serangan’ ke atas sekurang-kurangnya tiga kemudahan negeri termasuk ibu pejabat separa tentera dan balai polis.

    ‘Enam pengganas telah dihapuskan’ semasa serangan di daerah Bolan tengah, katanya kepada AFP. Pasukan penyelamat perubatan melaporkan 13 orang awam cedera, dengan dua dalam keadaan kritikal.

    Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) – kumpulan pemisah bersenjata, mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...