Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    ‘Tidak perlu tutup pintu sempadan’

    PENDANG, 12 JAN – Situasi semasa kes COVID-19 dalam negara masih terkawal dan setakat ini tidak memerlukan kerajaan mengambil langkah sehingga menutup sepenuhnya pintu sempadan negara, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

    Bagaimanapun, menurutnya kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan pendekatan tertentu di pintu masuk negara bagi mengekang penularan wabak itu.

    Malah sehingga Selasa lepas belum ada lagi kes jangkitan ataupun yang bergejala dikesan di pintu masuk sempadan, walaupun negara telah menerima kira-kira 7,000 pelancong China, sejak 8 Januari lepas, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang oleh Kementerian Kerja Raya, di sini hari ini.

    Turut berangkat menyaksikan majlis penyerahan projek itu ialah Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

    Dr Zaliha berkata walaupun jumlah saringan mencecah belasan ribu setiap hari, namun jumlah kes positif yang dikesan seluruh negara adalah rendah.

    Mengenai Hospital Pendang, Dr Zaliha berkata hospital itu akan mula beroperasi pada 15 Februari ini dan dijangka memanfaatkan kira-kira 110,000 penduduk di kawasan sekitar.

    “Ada pelbagai perkhidmatan di hospital ini termasuk kecemasan, pesakit luar dan sebagainya dan ada sebanyak 126 katil keseluruhannya,” katanya.

    Pembinaan Hospital Pendang dimulakan pada Mei 2018 dan siap pada Okt tahun lalu dengan kos keseluruhan sebanyak RM255.27 juta termasuk kos pembinaan, perolehan perubatan dan bukan perubatan.

    Hospital pakar minor itu mempunyai 11 bidang kepakaran antaranya kecemasan, perubatan am, pembedahan am, ortopedik, anestesiologi, radiologi, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, patologi serta psikiatri. – Bernama

    Dr Zaliha Mustafa hadir sesi libat urus Kementerian Kesihatan bersama media di Kementerian Kesihatan pada 10 Januari lalu. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...