Thursday, October 17, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tidak semua pahit itu racun – Fazley Yaakob

    Walaupun sudah tidak lagi bersama, penyanyi Malaysia, Datuk Fazley Yaakob dan bekas isterinya Azrene Soraya Abdul Aziz masih mengekalkan hubungan baik.

    Fazley, 45, berkata, penceraian bukan alasan untuk mereka bermusuh malah hubungan dia dan Azrene masih kekal rapat seperti mana sebelum berpisah.

    “Saya, Azrene dan anak-anak sangat okay, malah kami sekeluarga seperti biasa boleh keluar makan, tengok wayang dan melawat Azrene sekali.

    “Walaupun sudah berpisah dalam akad, tiada lagi perkataan melambangkan suami isteri tetapi hubungan kekeluargaan masih utuh seperti mana 18 tahun kami bersama,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Fazley berkata, anak-anak juga menerima berita perpisahan dia dan Azrene dengan lapang dada.

    Malah mereka sekeluarga masih melakukan pelbagai aktiviti bersama termasuk kumpulan sembang di aplikasi WhatsApp tidak berubah sehingga kini.

    “Anak-anak juga tiada kekangan antara hubungan saya dan Azrene, hubungan masih sama, kumpulan WhatsApp pun masih sama dan makan tempat sama.

    “Bezanya hubungan kami sudah tidak berlandaskan suami isteri. Tapi saya percaya penceraian itu bukan pengakhiran sebuah kasih sayang kekeluargaan atau anak-anak perlu sengsara dalam perpisahan tersebut. – Agensi

    Anak-anak memahami keputusan Fazley dan Azrene berpisah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda