Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tiga ahli politik Vietnam letak jawatan dalam masa dua bulan

    HANOI, 17 MEI – Seorang ahli berpengaruh dalam Politburo Vietnam yang berkuasa telah meletakkan jawatan, menurut kenyataan Parti Komunis kelmarin, beberapa minggu selepas presiden dan ketua dewan perwakilan rakyat turut meletakkan jawatan sebagai sebahagian daripada kempen anti-rasuah yang meluas.

    Truong Thi Mai, 66, memegang jawatan sebagai ahli tetap sekretariat dalam jawatankuasa parti pusat – jawatan paling penting dalam politik Vietnam di luar struktur kepimpinan empat tonggaknya.

    Ribuan orang – termasuk pegawai atasan dan pemimpin perniagaan kanan – telah terlibat dalam kempen memerangi rasuah yang dikenali sebagai ‘relau api’ di negara Asia Tenggara itu, yang diketuai oleh Setiausaha Agung Parti Komunis, Nguyen Phu Trong.

    Mai telah menyerahkan peletakan jawatannya kerana ‘beberapa pelanggaran dan kekurangan dalam tugasnya… yang memberi kesan kepada reputasi parti dan dirinya sendiri’, menurut kenyataan dalam talian parti tersebut.

    Peletakan jawatannya ini berlaku selepas peletakan jawatan Presiden Vo Van Thuong pada Mac dan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Vuong Dinh Hue pada April, juga kerana ‘pelanggaran dan kekurangan’ yang tidak dinyatakan. – AFP

    Foto bertarikh 11 Mac 2024 ini menunjukkan Mai, yang ketika itu merupakan ahli Politburo Vietnam, bercakap pada mesyuarat di Hanoi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...