Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Tiga maut dalam kemalangan motosikal

    JAKARTA, 23 JAN – Tiga orang dilaporkan maut selepas dua motosikal bertembung di sebuah lebuh raya di wilayah Mamuju, Indonesia di wilayah Sulawesi Barat pada petang Ahad, beritahu polis kepada media tempatan kelmarin.

    Nahas tersebut berlaku di Tapalang kira-kira jam 9:30 malam (waktu tempatan), kata Ketua Polis Tapalang Mino, sambil menambah dua penunggang motosikal itu memecut laju sebelum rempuhan berlaku.

    Dua orang maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi disahkan telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

    Polis telah mengalihkan motosikal berkenaan dan akan meneruskan siasatan mereka mengenai punca kemalangan.

    Kemalangan jalan raya yang membawa maut, yang selalunya berpunca daripada keadaan jalan yang teruk, pemanduan yang melulu dan muatan berlebihan, sering dilaporkan di negara Asia Tenggara itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...