Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiga maut, kapal nelayan terbalik

    TOKYO, 30 JAN – Tiga orang dilaporkan mati hari ini setelah sebuah kapal nelayan terbalik ditemui di Tasik Biwa di wilayah Shiga Jepun, menurut polis tempatan.

    Polis Wilayah Shiga hari ini menerima panggilan dari seorang nelayan yang telah melihat sebuah kapal terbalik di Tasik Biwa, tasik air tawar terbesar di negara ini, dan pihak berkuasa tempatan, termasuk bomba, tiba di tempat kejadian untuk membawa mayat ketiga-tiga mangsa tersebut.

    Polis mendedahkan bahawa ketiga-tiga mangsa adalah lelaki kira-kira 50 tahun, dengan jaket penyelamat.

    Dilaporkan bahawa mangsa dilaporkan hilang pada petang kelmarin selepas mereka pergi memancing di Tasik Biwa pada Isnin dan tidak kembali, menurut laporan media tempatan.

    Kemalangan itu berlaku berhampiran kawasan memancing yang terkenal dengan ikan bass hitam dan trout. Punca kemalangan masih dalam siasatan. – Xinhua

     

    Gambar hiasan Freepik.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...