Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tiga maut, puluhan ribu dipindah akibat hujan lebat

    BEIJING, 22 APRIL – Tiga orang maut dan 11 lagi hilang susulan ribut yang melanda selatan China, menurut media kerajaan hari ini, dengan puluhan ribu orang dipindahkan disebabkan hujan lebat.

    Hujan lebat melanda wilayah selatan Guangdong dalam beberapa hari kebelakangan ini, menaikkan paras air sungai dan menimbulkan kebimbangan tentang banjir teruk yang dikatakan ‘mungkin terjadi hanya sekali dalam satu abad’, menurut media kerajaan.

    “Tiga kematian dilaporkan di bandar Zhaoqing. Mangsa terperangkap akibat hujan dan didapati meninggal dunia di tempat kejadian,” lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.

    Sebelas lagi masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat di kawasan itu terus dijalankan manakala lebih 53,000 orang dari Guangdong telah dipindahkan, tambah Xinhua.

    Hujan lebat dijangka berterusan pada hari ini, dengan pihak berkuasa meteorologi meramalkan ‘ribut petir dan angin kencang di perairan pantai Guangdong’, kawasan laut yang bersempadan dengan bandar-bandar utama termasuk Hong Kong dan Shenzhen.

    Wilayah jiran, termasuk sebahagian kawasan Fujian, Guizhou dan Guangxi, juga akan terjejas oleh ‘hujan lebat jangka pendek’, menurut Pusat Meteorologi Negara.

    “Dijangka kesan utama tempoh perolakan kuat akan berlangsung dari siang hingga malam,” tambahnya.

    Pihak berkuasa pada hari ini turut mengeluarkan amaran tahap kuning untuk ribut hujan, yang bermakna tahap kedua terendah dalam sistem empat peringkatnya, dengan paras kerpasan yang tinggi dijangka berterusan di sebahagian besar kawasan dalam negara.

    Di bandar Jiangwan, enam orang cedera dan beberapa orang terperangkap dalam runtuhan tanah akibat hujan lebat kelmarin, lapor media kerajaan. – AFP

    Penduduk meredah air banjir selepas dipindahkan dari kawasan banjir berikutan hujan lebat di Guangdong, China kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...