Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Wanita maut tercampak dari permainan kereta di tapak pesta

    RENNES, 22 APRIL – Seorang wanita berusia 27 tahun meninggal dunia kelmarin selepas tercampak daripada permainan kereta di tapak pesta di tengah Perancis, kata pegawai dan media tempatan.

    Walaupun dia dimasukkan ke hospital, wanita itu gagal diselamatkan selepas tercampak dari permainan kereta di pesta Blois Sabtu lalu, kata pihak berkuasa bandar, kelmarin.

    Seorang lelaki yang memiliki dan mengendalikan kenderaan itu telah ditangkap dan dilanjutkan tahanannya semalaman bermula kelmarin hingga hari ini, kata pendakwa raya Blois, Charlotte Beluet.

    Wanita itu telah mengikuti langkah keselamatan biasa, termasuk menggunakan penghadang yang sepatutnya memastikan penumpang berada di dalamnya, tambah Beluet.

    Pendakwa raya sedang meneliti perjalanan dan video kejadian yang dirakam oleh orang yang menontonnya.

    Bertemakan liga bola sepak Amerika NFL, ia telah menampilkan bola replika gergasi di habnya sebagai tarikan, dengan kereta penumpang berputar masing-masing memuatkan dua atau tiga orang, lapor harian tempatan Nouvelle Republique.

    Keseluruhan pesta itu ditutup kelmarin, yang sepatutnya menjadi acara hari terakhir yang diadakan selama tiga minggu di Blois, kata dewan bandar raya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...