Oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Awang Mohammad Amirul Hanis bin Jasmen hari ini, diumumkan sebagai pelanggan bertuah yang memenangi hadiah utama Cabutan Bertuah Ayamku ‘Dine & Win for Two’ 2022 yang dikendalikan dengan kerjasama Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd.
Selaku pemenang utama, beliau membawa pulang tiket penerbangan pergi dan balik ke Bangkok, Thailand, manakala itu, hadiah kedua berupa tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Malaysia dimenangi oleh Awang Aqil bin Mohammed dan Dayang Norhafiqah binti Hassim di tempat ketiga memenangi tiket penerbangan ke Kuching, Sarawak.
Sementara itu, 10 pelanggan menerima baucar tunai Soon Lee bernilai $50 sebagai hadiah sagu hati, dan tujuh pelanggan lainnya membawa pulang hamper Pepsi.
Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Ayamku, Lambak, telah disempurnakan Pengurus Eksekutif Restoran Ayamku, Ong Boon Leng dan Pengurus Pemasaran dan Jualan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Kelvin Wong.
Awang Mohammad Amirul Hanis ketika ditemu bual berkata, beliau berasa bersyukur dan pada masa yang sama langsung tidak menyangka untuk memenangi hadiah utama.
“Selaku pelanggan tetap Ayamku, terutama sekali di Daerah Tutong, kami sekeluarga suka dan kerap memilih restoran ini untuk makan bersama memandangkan ia bertepatan dengan cita rasa kami sekeluarga.
“Selain itu, harga yang ditawarkan juga terjangkau dan berpatutan.
“Ia merupakan kali pertama saya memenangi cabutan seperti ini, oleh itu saya berasa begitu teruja, tambahan lagi Bangkok adalah destinasi yang saya idam-idamkan selama ini dan ia merupakan peluang saya untuk berkunjung ke Thailand buat kali pertama,” tambah beliau.