Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tiga penggodam data peribadi diberkas

    THE HAGUE, 24 FEB – Polis Belanda memberkas tiga lelaki yang disyaki menggodam bagi mencuri puluhan juta data peribadi sensitif dan menjualnya kepada kumpulan penjenayah.

    Siasatan itu tercetus selepas sebuah syarikat besar Belanda memfailkan tuduhan mencuri data dan memeras ugut.

    Menurut polis dalam satu kenyataan, dua lelaki berusia 21 tahun dan seorang lagi berusia 18 tahun, ditahan bulan lalu selepas siasatan mendalam bermula pada 2021.

    “Apabila penyiasatan dijalankan, ia semakin jelas bahawa beribu-ribu perniagaan dan institusi kecil serta besar, pada peringkat nasional serta antarabangsa, disasarkan oleh penggodam bagi mencuri dan menjual data.

    “Kaedah suspek diperhalusi, di mana mereka menggodam sistem komputer syarikat sebelum menghantar e-mel mengancam menuntut bayaran wang tebusan dalam bitcoin.

    “Jika syarikat itu enggan membayar, suspek mengancam untuk memusnahkan infrastruktur digitalnya atau menerbitkan data sensitif dalam talian.

    “Banyak syarikat membayar tebusan, lazimnya lebih daripada 100,000 euro dan 700,000 euro dalam satu kes tertentu,” menurut kenyataan polis.

    Dalam banyak kes, data yang dicuri kemudian dijual walaupun syarikat sudah membayar tebusan dan suspek utama memperoleh pendapatan sebanyak 2.5 juta euro sejak beberapa tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...