Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiga syarikat dikenakan kompaun

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 26 OKT – Tiga buah syarikat telah dikenakan denda kompaun sebanyak $3,000 pada 25 dan 26 Oktober lalu oleh Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria atas kesalahan mencemarkan persekitaran di premis awam.

    Salah satu daripada syarikat berkenaan telah didapati melupuskan botol mineral terpakai, beg guni simen, kotak kadbod dan sampah di salah sebuah premis awam di Kampung Pandan A, Kuala Belait, yang mengakibatkan syarikat terbabit dikenakan denda sebanyak $1,000 di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan Pelbagai (Pindaan) 2021.

    Pada masa yang sama, dua syarikat turut dikenakan denda sebanyak $1,000 setiap satu atas kesalahan kecuaian menyelenggara lurang yang mengakibatkan air sisa kumbahan mengalir ke saliran awam.

    Kesemua syarikat terbabit diberi tempoh tujuh hari untuk menyelesaikan kompaun tersebut dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kes itu dibawa ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan, tertuduh akan dikenakan kompaun antara $2,000 dan $10,000 bagi kesalahan pertama, dan antara $10,000 dan $30,000 serta hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan berikutnya.

    Jabatan turut mengingatkan orang ramai khususnya syarikat dan pemilik premis komersial supaya menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah di kawasan awam.

    Sampah-sampah yang dibuang di salah sebuah premis awam. – Gambar serahan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...