Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiga terima hidayah Islam

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 19 APRIL – Tiga individu berbangsa Iban telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang diadakan di Pejabat Unit Dakwah (PDI) Daerah Belait, Jalan Maulana, hari ini.

    Hadir menyaksikan majlis penuh keberkatan berkenaan selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama di Unit Dakwah Daerah Belait, Awang Abdul Khaliq bin Kamree.

    Majlis seterusnya menyaksikan pengislaman Uda Anak Kilau, 43, yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Syafiq Uda bin Abdullah Kilau dan diteruskan dengan pengislaman Maxwell Anak Injak, 24, yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Imran bin Abdullah Injak.

    Sementara itu, Inu Anak Klambu berusia 63 tahun memilih nama Islamnya sebagai Nurul Ainah binti Abdullah.

    Pada majlis itu, tetamu kehormat turut menyampaikan cenderahati kepada saudara baharu berkenaan yang diiringi dengan bacaan Dikir Asraqal serta taburan bunga rampai.

    Menurut statistik daripada Pusat Dakwah Islamiah (PDI) cawangan Daerah Belait, seramai 35 orang telah memeluk Islam di daerah itu dari awal tahun hingga April.

    Majlis pengislaman yang diadakan di PDI Daerah Belait, Jalan Maulana. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Haji Amirol Hafidzin menyerahkan cenderahati kepada Muhammad Syafiq Uda. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...