Tuesday, March 18, 2025
24.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Tiga wakili Mastera Brunei ke Malaysia

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) selaku Sekretariat Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) Brunei Darussalam telah menghantar tiga orang perwakilan bagi menghadiri Sidang ke-26 Mastera dan rangkaian kegiatan Mastera iaitu Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) dan Forum Penulis Sasterawan dan Tamu Asuhan Mastera yang diadakan bermula hari ini hingga 8 Oktober di Kuala Lumpur, Malaysia.

Wakil negara dipimpin oleh Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab merangkap Pengerusi Mastera Brunei Darussalam dan disertai oleh dua orang pakar Mastera iaitu Profesor Ampuan Dr Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, dan Awang Mohammed Zefri Ariff bin Mohammed Zain Ariff dari Universiti Brunei Darussalam.

Kegiatan Mastera tersebut diadakan secara fizikal oleh Mastera Malaysia setelah tiga tahun tergendala susulan pandemik COVID-19.

Sidang juga akan dihadiri oleh perwakilan negara anggota Mastera dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Sidang ke-26 Mastera 2022 diadakan adalah bagi membincangkan pelan strategik Mastera, pengurusan projek atau program Mastera serta melaporkan kegiatan dan perkembangan kesusasteraan daripada setiap negara anggota.

Awang Suip (tengah) yang akan menghadiri Sidang ke-26 Mastera di Kuala Lumpur.
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda